Portrait Blur Akan Ditawarkan Ke Semua Pengguna Google One – Tidak Lagi Terhad Kepada Pixel

Diterbitkan pada Mac 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Photos sehingga hari ini adalah aplikasi galeri dan aplikasi suntingan foto dan video yang ringkas menjadi kegemaran saya. Bukan kerana saya menggunakan Pixel sahaja, tetapi kerana ia padat dengan pelbagai ciri dan fungsi menarik. Lebih-lebih lagi jika melanggan Google One, ada ciri eksklusif dapat digunakan yang tiada pada pengguna lain.

Google kini mengembangkan lagi ciri eksklusif Google One untuk semua pengguna. Pada Google Photos, ciri Portrait Blur untuk mengubah imej biasa menjadi imej dengan mod bokeh atau kesan kabur pada latar kini ditawarkan kepada semua. Ciri ini tidak lagi terhad kepada pengguna Pixel, tetapi terhad kepada semua yang melanggan Google One.

Walaupun imej yang sedia ada pada peranti diambil dengan mod biasa, Portrait Blur ini boleh mengubah menjadi imej potret dengan mudah. Ia juga tidak terhad kepada imej manusia, malah haiwan, tumbuhan atau barangan lain dalam rumah juga boleh. Ciri ini akan diedarkan tidak lama lagi.

Sumber : Google Blog

komen


© Amanz / 2022 Kami