Cari @ Amanz

Bunyi seperti klishe, tetapi inilah hakikatnya. Fon telinga boleh dianggap antara aksesori keperluan yang penting kerana lazimnya ramai yang menggunakannya untuk mendengar muzik ketika sedang melakukan aktiviti harian. Ini termasuklah bersosial, bekerja, bersukan dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan juga kini pelbagai jenis fon telinga boleh didapati di pasaran – bermula pada harga mampu milik sehinggalah premium.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, Realme kini hadir dengan aksesori audio baharu menerusi pengenalan Realme TechLife Buds N100. Ia merupakan fon telinga jenis dalam-telinga dengan gelung yang melingkar pada bahagian leher. Ia kemudiannya turut menyokong ciri sambungan secara magnetik yang membolehkan audio dimatikan apabila fon telinga dipisahkan antara satu sama lain.

Fon telinga lengkap dengan pemandu audio bersaiz 9.2mm yang disulam dengan kemasan logam. Ia juga menyokong penarafan kalis air IPX4 dan sambungan pantas boleh dibuat menerusi bluetooth 5.2. Bateri yang dibekalkan mempunyai ketahanan mencapai 17 jam lamanya dengan sekali pengecasan.

Untuk harga, Realme TechLife Buds N100 dijual pada Rs.1,299 (~RM71) dengan dua pilihan warna seperti Black dan Grey.

Sumber : Realme India

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd