Activision semalam mengumumkan pembangunan Call of Duty : Warzone versi peranti mudah alih akan dimulakan. Permua akan dibina sepenuhnya untuk platform mudah alih kali ini permainan pada skala lebih besar berbanding yang ditawarkan sebelum ini. Oleh itu Activision kini mencari tenaga kerja baharu yang mempunyai kepakaran dalam pembangunan aplikasi permainan video.
Call of Duty Mobile ialah antara permua yang mencatatkan jumlah pemain dan pendapatan yang tinggi kepada Activision. Pembangunan permua kedua di bawah siri COD adalah menarik untuk melihat apakah perbezaannya dengan COD Mobile.