Cari @ Amanz

Firefox Relay adalah ciri menyembunyikan emel sebenar pengguna, jika ingin mendaftar sesuatu perkhidmatan atas talian. Lagi-lagi jika hanya sementara seperti ingin membeli sesuatu di laman web hanya sekali, menyertai pertandingan atau menerima kemaskini maklumat terkini mengenai sesuatu.

Perkhidmatan ini percuma dan terhad kepada lima emel rawak. Tetapi jika ingin lebih daripada itu, pengguna perlu bayar $0.99 sebulan. Ciri ini juga terhad kepada pelayar web Firefox sahaja.

Terkini, Firefox Relay telah hadir dengan pemalam untuk Chrome agar lebih banyak pengguna boleh menggunakan ciri ini. Penawaran untuk Chrome ini turut menaikkan had saiz storan emel daripada 150KB kepada 10MB. Versi percuma in boleh digunakan oleh semua orang, tetapi versi berbayar masih terhad di beberapa negara terpilih sahaja.

Pada platform Apple seperti iPhone dengan iOS 15, ciri lebih kurang sama adalah Hide My Email dan ia percuma digunakan. Adakah anda akan membayar Firefox jika ingin menggunakan ciri ini dan sejauh mana anda ingin sembunyikan emel anda demi keselamatan dan privasi.?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd