Carian
Imej Pengolokan OnePlus Nord 2T Memperlihatkan Panel Belakang Sandstone
March 11, 2022 Fahim Zahar

OnePlus Nord 2T dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi. Ia mungkin akan dilancarkan melalui filem pendek di YouTube seperti OnePlus Nord CE 2 sebelum ini. Peranti ini dikatakan akan menggunakan skrin 6.43-inci AMOLED FHD+ 90Hz, hadir dengan bezel nipis dan dijana dengan cip MediaTek baharu Dimensity 1300.

Peranti ini turut dikhabarkan akan menawarkan memori daripada 6GB RAM sehingga 12GB RAM dengan storan dalaman mencapai 256GB. 91Mobiles baru-baru ini mendedahkan imej pengolokan yang dikatakan adalah imej belakang OnePlus Nord 2T. Peranti ini dilihat mengimbau kembali zaman OnePlus One kerana menggunakan panel belakang dengan kemasan Sandstone.

Modul kamera dilihat masih disusun dalam bentuk segi empat, tetapi mempunyai sensor besar berbentuk bulat di atas dan bawah yang dipercayai adalah sensor 50MP+8MP+2MP. Kamera swafoto pula dikatakan adalah 32MP. Bateri peranti pula mungkin menggunakan kapasiti bersaiz 4500mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC 80W sama seperti OnePlus 10.

Nord 2T juga akan dilancarkan bersama-sama dengan Oxygen OS 12 yang menggunakan Android 12. Menurut sumber, peranti ini mungkin akan dilancarkan pada bulan April atau Mei akan datang.

Komen