Cari @ Amanz

Krisis di Ukraine meningkatkan kerisauan dunia dengan bahawa perang nuklear lebih-lebih lagi selepas dua pertempuran dilaporkan berlaku di loji tenaga nuklear Chernobyl dan Zaporizhzhia. Menyedari wujud individu yang risau dengan pelbagai bencana yang bakal melanda, sebuah firma Jepun menawarkan kubu yang boleh dipasang di dalam rumah.

Kubu WNI Shelter diperbuat daripada logam yang kukuh sehingga pengeluar menjamin ia kalis gempa bumi, radiasi dan serangan gas saraf beracun di dalam situasi kecemasan. Apabila ditutup sistem udara di dalam kubu menghasilkan tekanan positif 1.07 atm bagi mengelakkan udara dari luar menerjah masuk ke kebuk perlindungan dalam masa hanya 45 saat.

Kerana rekaan kubu yang modular, ia boleh dikustomasi untuk memuatkan antara 1 hingga 7 individu pada satu-satu masa. Kubu direka untuk dengan mudah dipasang di dalam rumah-rumah Jepun. Sekiranya tidak digunakan sebagai kubu perlindungan, ia turut boleh digunakan sebagai bilik TV kalis bunyi.

Dengan penawaran WNI Shelter, penduduk di Jepun tidak lagi perlu risau akan serangan nuklear dari Korea Utara dan dapat memastikan diri mereka selamat seperti permainan video Fallout.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd