Realme GT Neo3 Bakal Diperkenalkan Sekitar Bulan Ini – Lengkap Dengan Pengecasan Pantas 150W

Diterbitkan pada Mac 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tidak dinafikan, sistem pengecasan pantas merupakan salah satu elemen penting dan sepatutnya perlu ada dalam sesebuah peranti pintar masa kini. Ia bukan sahaja mampu memendekkan tempoh proses pengecasan semula peranti, malahan turut menjimatkan masa tanpa perlu menunggu lama.

Baru-baru ini turut terdapatnya laporan yang mengatakan peranti dengan sistem pengecasan pantas 150W bakal tiba dalam masa terdekat ini. Kini, salah satu daripadanya telah didedahkan dan ianya adalah Realme GT Neo3. Perkara ini dikongsi sendiri oleh pihak Realme menerusi poster acah tular, dalam masa sama ia menunjukkan peranti kelak boleh dicas mencapai 50% dalam hanya 5 minit sahaja.

Rekaan pada peranti turut telah mudah perlihatkan sedikit demi sedikit. Di mana, ia akan mempunyai sistem tri-kamera di belakang yang disusun dalam bentuk segi tiga. Salah satu daripada sensor mempunyai saiz yang besar, di samping turut dilengkapi LED Flash berbentuk memanjang di bawahnya. Dalam pada itu, imej turut memperlihatkan peranti lengkap dengan binaan tubuh yang melengkung pada bahagian sisi.

Realme telah mendedahkan bahawa peranti ini akan dilancarkan pada bulan ini, namun tiada sebarang perkongsian lanjut mengenai tarikh khususnya. Namun begitu, kita boleh menyasarkan ia bakal dikongsi dalam masa terdekat ini.

Sumber : Weibo

komen


© Amanz / 2022 Kami