Sistem Toei Animation Digodam – Akan Jejas Jadual Siaran Beberapa Anime, Termasuk “One Piece”

Diterbitkan pada Mac 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Toei Animation, kini mengumumkan mereka mendapati sistem rangkaian dalaman mereka telah diakses pihak ketiga pada 6 Mac lepas, sekaligus membuatkan mereka terpaksa menghentikan sistem dalaman mereka untuk seketika.

Buat masa ini, pihak Toei Animation mengatakan mereka sedang melakukan siasatan dalaman, dan juga semakan berkaitan impak dan sebagainya.

Disebabkab oleh hal ini, beberapa rancangan siri animasi terbitan mereka akan terjejas jadual siarannya – termasuk One Piece, Digimon Ghost Game, Dragon Quest Dai No Daibouken, dan juga Delicious Party ♡ Precure.

Pihak Toei Animation meminta maaf disebabkan kesulitan ini – terutamanya kepada peminat anime.

Untuk makluman, sebelum ini beberapa syarikat turut pernah terjejas dengan godaman sistem mereka, dan kini dilihat pengodam turut menyasarkan sistem untuk syarikat penerbitan dan televisyen.

komen


© Amanz / 2022 Kami