Siri Redmi K50 Disahkan Hadir Dengan MediaTek Dimensity 9000

Diterbitkan pada Mac 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bercakap mengenai cip pemprosesan Dimensity 9000, ia merupakan penawaran terkini daripada MediaTek dengan bianaan 4nm. Menarik lagi mengenainya adalah cip berkelas mercu ini dikatakan mampu beraing dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan Exynos 2200 – ini adalah menurut ujian penanda aras yang tertiris sebelum ini. Antara peranti terawal yang menggunakannya adalah Oppo Find X5 Pro.

Dalam perkembangan terkini, giliran Redmi pula menyusul apabila siri Redmi K50 telah disahkan bakal dilengkapi cip pemprosesan tersebut. Namun begitu, Redmi tidak mendedahkan secara terperinci mengenai model manakah yang bakal menyokongnya kelak. Tetapi, terdapat dakwaan awal yang mengatakan Redmi K50 Pro dipercayai ditawarkan dengan cip ini.

Turut ditemui, penggunaan cip berkenaan juga membolehkan permainan Genshin Impact dimainkan dengan cukup lancar pada peranti berkenaan kelak. Data menunjukkan, ia mampu menyajikan kadar bingkai yang stabil 59fps pada suhu 46°C. Peranti juga dipercayai lengkap dengan sistem penyejukan generasi baharu dengan kebolehan lebih baik untuk penggunaan maksima.

Dalam perkembangan yang sama, Redmi K50 pula besar kemungkinan lengkap dengan MediaTek Dimensity 810. Ia berikutan, cip pemprosesan berkenaan turut sama diacah oleh pihak Redmi menerusi kemaskini yang sama di Weibo. Siri Redmi K50 bakal diumumkan secara rasminya pada 17 Mac ini, sama-sama nantikan untuk penawaran lebih lanjut.

Sumber : Weibo

komen


© Amanz / 2022 Kami