CTO Google Meramalkan Jualan Tablet Akan Memintas Komputer Riba Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan pada Mac 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adakah komputer riba akan digantikan dengan tablet dalam masa terdekat? Rich Miner, CTO Google berkata ya ini akan berlaku di dalam episod terkini The Android Show berdasarkan jualan yang meningkat semasa pandemik serta perisian kini yang semakin baik telah dibangunkan dibantu lagi dengan jumlah aksesori yang banyak.

Satu lagi sebab mengikut Miner ialah tablet dijual pada harga lebih rendah berbanding komputer riba. Ini adalah sebab mengapa Google kini memberikan perhatian penuh membangunkan Android 12L khusus untuk digunakan pada peranti dengan skrin yang besar.

Kami sendiri percaya ini akan berlaku kerana generasi muda kini lebih selesa menggunakan tablet berbanding komputer riba. Dapat dilihat sekarang wujud golongan yang lebih selesa menggunakan tablet iPad Pro sebagai komputer kegunaan harian. Seperti mana generasi sebelum ini lebih selesa dengan desktop sebelum digantikan dengan komputer riba. Kepupusan komputer riba pastinya akan berlaku.

komen


© Amanz / 2022 Kami