Carian
Kini Anda Boleh Melantik Moderator Ketika Sedang Melakukan Penstriman Melalui Instagram Live
March 12, 2022 Aman

Instagram kini akhirnya menambah salah satu ciri yang dinantikan ramai pengguna aktif platform berkenaan, iaitu kebolehan menambah moderator ketika anda sedang melakukan penstriman langsung melalui Instagram Live.

Dengan langkah ini, seseorang pengguna boleh melantik seseorang menjadi moderator, dan seterusnya moderator berkenaan boleh mengawal interaksi yang berlaku dalam penstriman langsung berkenaan – sementara pengguna tersebut boleh memfokuskan kepada penstriman langsung.

Moderator juga turut boleh melaporkan komen, membuang seseorang penonton, atau mematikan ciri komen untuk seseorang.

Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan dijangka diterima semua pengguna Instagram tidak lama lagi.

Komen