Telegram Kini Menyokong Penstriman Langsung Daripada Aplikasi Seperti OBS Studio Dan XSplit

Diterbitkan pada Mac 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telegram sedia menawarkan sokongan penstriman langsung pada platform mereka. Melaluinya, seseorang boleh memulakan penstriman video langsung terus pada Telegram Groups atau Channel, tanpa memerlukan sebarang perisian tambahan.

Namun, kini Telegram turut memperluaskan ciri Telegram Live dengan menambah sokongan aplikasi penstriman pihak ketiga. Ciri ini ditujukan untuk penstriman yang lebih profesional, membolehkan anda menambah lapisan tambahan pada video ketika sedang melakukan penstriman – termasuk menukar skrin paparan, menambah teks, dan sebagainya.

Dengan langkah ini juga, anda boleh menggunakan perisian seperti OBS Studio dan XSplit Broadcaster untuk tujuan penstriman.

Bagi anda yang menggunakan Telegram Live, ada boleh memilih “Start With”, dan seterusnya memasukkan maklumat berkenaan pada perisian penstriman berkaitan.

komen


© Amanz / 2022 Kami