Poster Siri Samsung Galaxy A 2022 Tertiris Menunjukkan Pelancaran Pada 17 Mac 2022

Diterbitkan pada Mac 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Amanz sebelum ini pernah melaporkan Samsung dijangka hadir dengan barisan peranti baharu Galaxy A 2022 sekitar bulan ini. Namun begitu, tiada tarikh khusus yang dikongsi ketika itu sehingga kini ia didapati tertiris dalam satu poster tular. Ia diperoleh daripada perkongsian Evleaks menerusi ciapan di Twitter, baru-baru ini.

Ia menunjukkan siri berkenaan bakal diumumkan pada 17 Mac 2022. Diikutkan perkiraaN, ia akan berlangsung pada Khamis hadapan. Namun, perkara ini masih di peringkat ura-ura, belum dapat dipastikan sama ada ia benar-benar diumumkan pada tarikh berkenaan atau sebaliknya. Bagaimanapun, terdapat juga kemungkinan ia boleh berlaku kerana barisan Galaxy A seperti Samsung Galaxy A32, Samsung Galaxy A52 dan Samsung Galaxy A73 sebelum ini turut diumumkan pada tarikh yang sama.

Melihat pada perkongsian, poster berkenaan langsung tidak mendedahkan penawaran pada peranti secara khusus. Sebaliknya, ia seakan hanya memberi gambaran kasar mengenainya menerusi rekaan grafik yang disertakan. Barisan Galaxy A 2022 kali ini dijangka mempunyai beberapa peningkatan daripada segi keupayaan kamera, pengecasan bateri, skrin dan pelindungan kalis air.

Sumber : EvLeaks

komen


© Amanz / 2022 Kami