Redmi 10C Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 680

Diterbitkan pada Mac 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Barisan peranti Redmi dikemaskini dengan model baharu lagi menerusi pengenalan Redmi 10C. Ia merupakan sebuah peranti 4G dengan janaan Snapdragon 680 dan diperkenalkan untuk pasaran Nigeria. Di samping itu, ia turut menampilkan rekaan panel hadapan bertakuk bersama sokongan dwi-kamera utama di belakang.

Untuk spesifikasi khusus, Redmi 10C lengkap dengan skrin 6.71-inci IPS LCD dengan resolusi FHD+. Bersama-sama dengan cip Snapdragon 680, ia turut dipadankan dengan memori 4GB RAM dan storan mencapai 128GB. Bateri pula adalah sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Seterusnya, dwi-kamera utama digunakan dengan tetapan 50MP + 2MP. Kamera hadapan pula sebesar 5MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah port sambungan USB-C, pengimbas cap jari fizikal dan sebagainya. Redmi 10C dijual pada ₦78,000 (~RM788) (4GB/64GB) dan ₦87,000 (~RM879) (4GB/128GB).

Sumber : GSMArena, Redmi Nigeria

komen


© Amanz / 2022 Kami