OnePlus Nord CE 2 telah dilancarkan secara rasminya pada 17 Februari yang lalu. Ia merupakan pengganti kepada OnePlus Nord CE dan lengkap dengan spesifikasi kelas pertengahan dan rangkaian 5G terbina menerusi janaan cip MediaTek Dimensity 900.
Peranti ini juga sebelum ini telah sedia diacah mengenai kehadirannya ke pasaran tempatan. Namun, tiada tarikh khusus yang dikongsi sehinggalah kini ianya didedahkan menerusi perkongsian terkini di Facebook OnePlus. Ia menunjukkan peranti bakal diumumkan pada 19 Mac 2022, di mana kita bakal mendengar mengenai harga jualannya kelak.
OnePlus Nord CE 2 5G dilengkapi skrin 6.43-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia turut dipadankan dengan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W SuperVOOC. Selain itu, sistem tri-kamera turut digunakan dengan tetapan 64MP + 8MP + 2MP, sementara itu kamera swafoto pula adalah sebesar 16MP. Seterusnya, peranti juga menjalankan Oxygen OS 11.3 berasaskan Android 11.
Sumber : OnePlus Malaysia