Barisan peranti iQOO di bawah siri Z bakal dikemaskini dengan model baharu lagi tidak lama lagi. Melaluinya, mereka bakal memperkenalkan iQOO Z6 yang merupakan model pengganti untuk siri iQOO Z5 yang diumumkan sekitar September tahun lalu.
Melihat pada video acah yang dikongsi, peranti ini akan diumumkan secara rasminya pada 16 Mac ini. Ia juga bakal hadir dengan janaan cip Snapdragon 695, di samping sokongan skrin dengan kadar segar semula 120Hz. Turut melengkapinya adalah pengimbas cap jari fizikal yang terbina pada butang kuasa.

Seterusnya, peranti juga lengkap dengan sistem tri-kamera utama yang disusun dalam bentuk L. Sensor utamanya dijangka sebesar 50MP, sementara itu dua sensor lagi adalah berjenis makro dan kedalaman. iQOO Z6 juga akan tersedia dalam dua pilihan warna dan dijangka dipasarkan dengan julat harga bermula sekitar ~RM819.
Sumber : iQOO India