3 Ciri Siri Samsung Galaxy S22 Ini Memberikan Prestasi Terbaik Rakaman Pada Waktu Malam

Diterbitkan pada Mac 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sedar atau tidak, semakin hari keupayaan kamera yang terdapat pada telefon pintar bertambah lebih baik. Selain dari teknologi pengimejan yang disempurnakan dengan kecerdasan buatan, ia turut membantu rakaman gambar waktu malam dilakukan dengan lebih baik.

Samsung pada tahun ini apabila mengetengahkan Galaxy S22 yang terbaharu, turut memperkenalkan fokus untuk Nightography – iaitu penggunaan fotografi malam. Umum kita tahu berkenaan penggambaran malam yang merupakan satu perkara yang mencabar. 

Dari dahulu lagi telefon pintar tampak kurang berupaya apabila digunakan dalam keadaan kurang pencahayaan namun sejajar perkembangan teknologi, Samsung meletakkan fokus untuk memberikan penggambaran malam lebih baik, dengan 3 ciri berikut.

Pixel Lebih Besar Bagi Menyerap Lebih Banyak Cahaya

Jika anda tahu berkenaan prinsip kamera, lebih besar sensor pengimejan, lebih banyak cahaya yang boleh dirakamkan sekaligus memberikan imej yang lebih baik. Namun diwaktu malam, sensor perlu lebih berkeupayaan untuk menyerap lebih banyak cahaya, justeru Samsung hadir dengan pixel yang lebih besar, dan juga teknologi Pixel Binning. 

Dengan saiz pixel yang lebih besar pada siri Samsung Galaxy S22, iaitu 2.4 mikrometer, ia sekaligus memberikan lebih cahaya meskipun dalam keadaan yang mencabar. Ditambah dengan teknologi Pixel Binning, ia kemudiannya menghasilkan gambar dan video yang kurang ‘noise’, dan lebih jelas untuk ditonton.

Auto Framerate Memastikan Video Lebih Cerah

Dalam merekod video di malam hari, perkara yang mencabar apabila kekurangan cahaya adalah bagi menetapkan kelajuan Frame dan bukaan Shutter. Apabila kiraan salah satunya berlainan, berkemungkinan video menjadi gelap, atau menjadi terlalu cerah dan mengakibatkan ia tidak dapat digunakan.

Namun pada siri Samsung Galaxy S22 terdapat fungsi Auto Framerate. Ia berfungsi dengan melakukan penetapan kelajuan frame secara automatik, dan juga menetapkan kelajuan shutter secara automatik bersesuaian dengan keadaan pencahayaan, bagi memberikan video yang bukan sahaja lebih jelas, malah tetap merekodkan sebarang butir halus dalam babak yang menarik. 

Super Night Solution Menggabungkan Sehingga 15 Frame Untuk Hasil Terbaik

Dengan ciri Pixel Binning dan Auto Framerate, Super Night Solution melengkapi keduanya bagi menghasilkan rakaman waktu malam dengan lebih baik. Apa yang ia lakukan adalah, dengan Auto Frame Rate yang akan mengurangkan kelajuan frame demi merakam video yang lebih tepat pencahayaannya, Super Night Solution akan menggabungkan sehingga 15 Frame tersebut bagi menghasilkan saat yang lebih tepat warnanya.

Ini dijayakan dengan kuasa pemprosesan terulung yang terdapat pada siri Samsung Galaxy S22, ditambah lagi dengan kecerdasan buatan. Hasilnya pengiraan pantas dapat menghasilkan rakaman yang sangat baik, dan pengguna tidak akan terlepas babak-babak menarik walaupun dimalam hari.


Siri Samsung Galaxy S22 sudah boleh mula dibeli bermula hari ini. Malah anda juga berpeluang untuk mendapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,168. Sekiranya anda membeli Galaxy S22 Ultra, anda akan menerima jam Galaxy Watch4 40mm bernilai RM 899 dan juga pen LAMY Safari Twin Pen yang bernilai RM 269.

Jika anda memilih Galaxy S22 atau Galaxy S22+, anda akan menerima siri Galaxy Watch4 40mm bernilai RM 899. Untuk kedua-dua unit ini, anda juga boleh menambah pembelian dengan diskaun 30% untuk jaminan Samsung Care+, jam Galaxy Watch4, Galaxy Buds, atau aksesori Galaxy S22.

Malah menjadi kebiasaan Samsung untuk turut menawarkan Tukar-Milik (Trade-in) dan membolehkan anda mendapatkan rebat sehingga RM 600. dan buat pertama kalinya, terdapat skim Beli Sekarang Bayar Kemudian ( BNPL ) menerusi Split atau Atome, membolehkan anda membayarnya secara ansuran selama 3 bulan tanpa faedah dikenakan, menggunakan kad Debit.

Bagi anda yang membeli siri Galaxy S22, anda boleh memilih sama ada untuk membeli atas talian dan mengambilnya di kedai Samsung terpilih, atau penghantaran terus ke rumah pada hari yang sama. 

Penafian: Advertorial Dari Samsung Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami