Keputusan Carian Tertinggi Untuk Angka 11, 12 dan 13 di Facebook Adalah Untuk Kumpulan Pengantun Seksual Kanak-Kanak

Diterbitkan pada Mac 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Facebook ialah laman media sosial dengan jumlah pengguna aktif terbesar dunia. Sebagai platform popular ia boleh digunakan untuk aktiviti positif seperti merapatkan hubungan kekeluargaan, menggembleng tenaga untuk membantu ketika bencana dan mencari teman hidup. Tetapi menjadi lumrah Internet, untuk setiap perkara positif wujud juga perkara negatif yang boleh dilakukan pada platform yang sama. Menurut laporan Wired, Facebook ialah laman yang digunakan secara aktif oleh pengantun seksual kanak-kanak.

Sebanyak 23 daripada 30 keputusan carian tertinggi untuk angka 11, 12 dan 13 akan memaparkan kumpulan pegantuan seksual kanak-kanak yang menyasarkan mangsa dengan umur yang sama. Algoritma carian Facebook sendiri memudahkan individu pedofilia mencari insan dengan minat yang sama. Kebanyakan kumpulan ini tidak menggunakan bahasa Inggeris dan oleh sebab itu dengan mudah beroperasi secara gelap di luar radar pengesanan Facebook.

Lebih membimbangkan menurut Wired bagi memastikan kumpulan lebih selamat, anggota juga mempunyai kumpulan pedofilia peribadi di platform lain milik Meta seperti WhatsApp. Proses melaporkan kumpulan pengantun seksual kanak-kanak ini juga lambat diambil tindakan oleh Facebook dengan pelapor menerima notis ia tidak melanggar terma laman selepas beberapa hari.

Facebook

Meta telahpun mengeluarkan kenyataan kepada Wired bahawa mereka tidak bertolak ansur dengan eksploitasi kanak-kanak, termasuk bahan penderaan seksual kanak-kanak atau interaksi yang tidak sesuai antara orang dewasa dan bawah umur, di platform mereka. Pengguna disarankan melaporkan kumpulan pengantun seksual kanak-kanak dengan segera untuk diambil tindakan.

komen


© Amanz / 2022 Kami