Cari @ Amanz

Foxconn Menghentikan Operasi Sementara Di Shenzen – Akan Jejas Pengeluaran iPhone

Oleh Aman

Link Copied!

Salah satu pembekal utama untuk Apple, iaitu Foxconn kini mengumumkan mereka akan menghentikan sementara operasi di Shenzen. Hal ini kerana penutupan bandar berkenaan oleh kerajaan di China disebabkan oleh penularan Covid-19 kembali.

Kerajaan China dijangka akan menutup bandar berkenaan sekurang-kurangnya selama seminggu.

Penutupan operasi Foxconn ini juga dijangka akan memberikan sedikit kesan kepada pengeluaran produk Apple – tetapi impaknya mungkin tidak begitu tinggi berbanding permintaan pada penghujung tahun atau musim percutian.


Komen ()