ZTE Taichi Cloud Computer W100D Ialah Komputer Kompak Sebesar Hab USB

Diterbitkan pada Mac 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan kepopularan telefon pintar, majoriti pengguna lebih selesa menggunakannya berbanding sebuah komputer. Malahan di Asia Tenggara, “komputer” pertama kebanyakan penduduk adalah sebuah telefon pintar. Oleh itu komputer perlu berevolusi dengan masa dengan ia turut perlu ditawarkan dalam saiz yang kecil. ZTE Taichi Cloud Computer W100D ialah komputer yang jatuh ke dalam kategori ini kerana ianya kompak dan hanya seberat 55 gram.

Saiz yang kompak ini berjaya dicapai kerana W100D bergantung sepenuhnya kepada pengkomputeran awanan. Ia menggunakan sumber kuasa USB-C dengan terdapat port untuk HMDI dan USB-A untuk pemasangan pelbagai aksesori komputer. Menurut ZTE, W100D adalah sesuai digunakan untuk tugasan pejaba yang ringan dan keperluan pelajaran di rumah.

Kerana ia sebuah komputer awaman, ZTE memastikan ia masih boleh beroperasi dengan lancar apabila disambungkan kepada rangkaian Internet berkelajuan antara 100Kbps~20Mbps. Harga jualan masih belum diumumkan.

Sumber – MyDrivers dan Gizmochina

komen


© Amanz / 2022 Kami