Rekaan OnePlus Nord CE 2 Lite Diperlihatkan Dengan Sistem Tri-Kamera Utama

Diterbitkan pada Mac 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pengenalan siri OnePlus Nord menunjukkan bermulanya era peranti mampu milik buat jenama ini. Bercakap lebih lanjut mengenainya, kini timbul desas-desus mengenai kewujudan OnePlus Nord CE 2 Lite. Rekaannya turut telah diperlihatkan dalam beberapa imej pengolokan tular yang ditemui menerusi laman 91Mobiles.

Ia menunjukkan peranti mempunyai panel belakang seumpama sebuah Realme 9i. Melaluinya, ia menempatkan modul kamera berbentuk segi empat tepat bersama sistem tri-kamera di dalamnya. Dua daripada sensor berkenaan bersaiz besar, sementara itu sensor ketika bersaiz lebih kecil yang yang diletakkan bersebelahan dengan LED Flash.

Bercakap mengenai kemasan, ia dijangka sejenis plastik berkilat dengan sisi yang melengkung. Peranti juga lengkap dengan pengimbas cap jari sisi yang diletakkan pada bingkai sebelah kanan. Sementara itu, bingkai sebelah kiri pula menempatkan butang laras audio bersama ruang untuk slot SIM. Menurut sumber, slot SIM yang disokong adalah sejenis hibrid tanpa kebolehan ruangan khusus untuk kad micro-SD.

Bahagian bawah pula terdapatnya port sambungan USB-C, pembesar suara dan bicu audio 3.5mm. Buat masa ini, tiada sebarang perkongsian lanjut mengenai tarikh pelancarannya. Tetapi, peranti dijangka ditawarkan dengan julat harga bermula sekitar ~RM1,315 apabila dijual kelak.

Sekadar selingan, OnePlus Nord 2 CE 5G baru sahaja ditawarkan di Malaysia. Ia dijual pada tanda harga RM1,499 dengan variasi memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Ia juga lengkap dengan spesifikasi kelas pertengahan bersama rangkaian 5G terbina menerusi janaan cip MediaTek Dimensity 900.

Sumber : 91Mobiles

komen


© Amanz / 2022 Kami