Cari @ Amanz

5840 Kad Grafik XFX Dirampas Di China Kerana Diimport Secara Haram

Oleh Nazrin

Link Copied!

XFX merupakan jenama kad grafik yang cukup terkenal, tetapi kini nampaknya syarikat tersebut kini berhadapan masalah serius dengan kerajaan China kerana mereka telah cuba mengimport sejumlah kad-kad grafik mereka secara haram.

Perkara ini berlaku apabila pihak kastam China melakukan pemeriksaan rutin keatas perkakasan-perkakasan elektronik yang dibawa masuk kedalam negara tersebut. Ia didapati bahawa syarikat tersebut menggunakan label palsu untuk membawa masuk kad-kad grafik tersebut.

Mereka didapati menggunakan teknik ini untuk mengurangkan kadar cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan negara tersebut. Sebanyak 5840 kad grafik telah dirampas, dan mempunyai nilai sekitar $3.15 juta (~RM14 juta).

Bukan itu sahaja, XFX juga nampaknya telah menutup laman web China mereka, bersama-sama dengan kedai atas-talian mereka di TMall baru-baru ini, berkemungkinan besar kerana isu rampasan kad grafik tersebut.

Dengan dunia sekarang dibelenggu isu komponen-komponen komputer yang tidak mencukupi, ia agak sedih untuk melihat kad-kad grafik tersebut tidak dapat dimanfaatkan oleh golongan gamer yang rata-rata menunggu untuk membeli kad grafik tersebut.


Komen ()