Platform Penstriman Video Di China Akan Perlu Memperkenalkan Youth Mode Untuk Pengguna Muda

Diterbitkan pada Mac 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerajaan China dilihat cukup serius dalam usaha mereka untuk memastikan bahawa kanak-kanak di negara tersebut tidak ketagih dengan kandungan permainan mahupun kegiatan media sosial yang dilihat semakin menular di seluruh dunia.

Baru-baru ini, ia telah dilaporkan bahawa kerajaan China, melalui badan Cyberspace Administration of China telah mula menggubal undang-undang baru yang akan memerlukan platform-platform penstriman dan kandungan video ringkas untuk memperkenalkan ciri baru yang dinamakan Youth Mode untuk memastikan bahawa para pengguna muda perkhidmatan-perkhidmatan ini tidak melihat kandungan untuk orang dewasa.

iQiyi

Mereka juga dilihat memberi cadangan supaya masa yang diluangkan oleh kanak-kanak di aplikasi-aplikasi ini dihadkan, sama seperti undang-undang yang diperkenalkan untuk permua yang mengehadkan hari dan jumlah masa yang dibenarkan untuk kanak-kanak bermain.

Buat masa ini, ia dilihat bahawa platform-platform seperti Tencent Video, iQiYi dan Douyin telah memperkenalkan Youth Mode ini untuk pasaran China.

komen


© Amanz / 2022 Kami