Cari @ Amanz

Samsung Bespoke Jet Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM3699

Link Copied!

Telefon pintar premium ialah perkara biasa dan kemudian Samsung menawarkan pula peti sejuk premium di bawah keluarga Bespoke mereka. Hari ini sebuah lagi produk premium mereka telah ditawarkan di Malaysia ialah Samsung Bespoke Jet – sebuah mesin penyedut hampagas nirwayar.

Samsung Bespoke Jet dilancarkan di CES pada Januari yang lalu. Mesin penyedut hampagas ini hadir dengan dok pengecas yang juga merangkap bekas menyimpan debu. Sejurus selepas mesin disimpan, kotoran dalam kebuk debu akan diokosongkan ke dalam tempat simpanan debu yang lebih besar. Dengan ini pengguna boleh terus menggunakan Bespoke Jet tanpa perlu mengosongkan kebuk debu terlebih dahulu.

Sistem penapisan Bespoke Jet turut mampu menapis 99.999% kotoran serta alergen sebelum udara dikeluarkan semula. Menurut Samsung lagi, motor elektrik yang digunakan kini lebih ringan dan efisien dengan pengurangan berat sehingga 47%. Pada waktu yang sama masih mampu menghasilkan kuasa sedutan sehingga 210W. Dengan setiap pengecasan, bateri 2500 mAh yang digunakan boleh menawarkan waktu penggunaan sehingga 1 jam.

Berat keseluruhan Bespoke Jet adalah 1.44 kilogram yang turut menjadikannya mesin penyedut hampagas nirwayar paling ringan pernah dihasilkan Samsung dan boleh digunakan oleh kanak-kanak.

Di Malaysia Samsung Bespoke Jet dijual pada harga RM3,899 dalam warna Midnight Blue, Misty White dan Woody Green. Tetapi diantara 14-13 Mac ini, Samsiung Bespoke Jet bolah dibeli pada harga RM3,699 sahaja dengan hadiah percuma Galaxy Buds Live bernilai RM549 ditawarkan percuma.


Komen ()