Google Play Games Untuk PC Kini Sudah Boleh Dicuba Di Beberapa Negara Dalam Bentuk Beta

Diterbitkan pada Mac 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google kini dilihat telah menawarkan akses Google Play Games untuk PC secara beta bagi pengguna di beberapa buah negara, termasuk Hong Kong, Korea Selatan dan juga Taiwan.

Dengan penawaran ini, pengguna boleh memainkan permainan popular dari Android dengan mudah terus pada komputer Windows.

Melalui perkongsian awal, ia dilihat menyokong permainan sepeti Asphalt 9 : Legends, Rise of Empires, Idle Heroes dan banyak lagi. Pengguna dengan mudah boleh memasang permainan berkenaan pada komputer Windows, dan menikmati permainan berkenaan melalui penggunaan tetikus dan papan kekunci.

Buat masa ini, pilihan permainan dan tawaran platform ini hanya terhad di beberapa buah negara. Pengguna juga memerlukan komputer menjalankan Windows 10 dan terkini, memori sekurang-kurangnya 8GB RAM, dan ruangan storan kosong sebanyak 20GB.

komen


© Amanz / 2022 Kami