Cari @ Amanz

Counterpoint Research kini telah mengeluarkan data terbaru untuk pasaran jam tangan pintar sepanjang 2021 lepas. Melalui data berkenaan, Apple dilihat terus menerajui pasaran berkenaan dengan pegangan sebanyak 30.1% pasaran.

Menariknya, ia diikuti oleh Samsung yang kini memegang sebanyak 10.2% pasaran – memperlihatkan peningkatan berbanding tahun 2020, sekaligus memintas Huawei ke tangga kedua.

Huawei kini ditangga ketiga, dan mempunyai pegangan sebanyak 7.7% pasaran.

Pelbagai jenama lain kini turut menyertai pasaran jam tangan pintar – termasuk pengeluar aksesori dan sebagainya. Pasaran juga dilihat bersaing untuk jam tangan pintar dengan harga kompetitif bawah RM500.

Untuk tahun ini, kita mungkin melihat persaingan terus meningkat dengan WearOS yang kelihatan berkembang dengan baik – disamping Apple yang dijangka membawa kejutan dengan tiga siri jam tangan pintar melalui Apple Watch Series 8.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd