Cari @ Amanz

Kawasaki ialah sebuah jenama Jepun yang cukup terkenal untuk motorsikal-motorsikal mereka. Di acara International Robot Exhibition di Jepun baru-baru ini, syarikat tersebut dilihat telah membangunkan sebuah kambing robot bernama Bex yang boleh ditunggang oleh orang ramai.

Jika Boston Dynamic dilihat membangunkan anjing robot yang hadir dengan pelbagai kegunaan, Bex pula dilihat sebagai robot yang menerima ilham daripada kambing ibex yang boleh memanjat pelbagai jenis permukaan gunung tanpa masalah.

Kawasaki membangunkan robot Bex ini dengan konsep yang sama, dimana ia hadir dengan empat kaki yang juga hadir dengan roda di bahagian lututnya untuk membolehkan robot ini digerakkan dengan cepat pada permukaan mendatar, ataupun mendaki cerun-cerun dengan mudah menggunakan kaki.

Ia juga dilihat bahawa robot Bex ini hadir dengan rekaan modular, dan rangkanya boleh ditukar untuk memenuhi pelbagai keperluan industri tanpa sebarang masalah.

Robot Bex ini hadir dengan kemampuan untuk membawa beban sebanyak 100kg tanpa masalah, dan ia dilihat bahawa robot ini akan digunakan dalam pelbagai sektor industrial untuk membawa bebanan industri dengan cepat dan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd