Grab kini dilihat menghadapi masalah teknikal – sekaligus membuatkan aplikasi mereka gagal untuk diakses buat sementara waktu.
Sekiranya diakses, ia memaparkan tiada perkhidmatan yang tersedia buat masa ini, disamping memaparkan notifikasi sukar mencapai talian.
Melalui balasan pihak Grab melalui media sosial, mereka mengesahkan perkara ini, dan mengatakan pasukan mereka sedang bergiat dalam memastikan ia beroperasi seperti biasa kembali.
Kemaskini : Grab telah beroperasi seperti biasa kembali.