ASUS Menghentikan Penghantaran Komponen Komputer Ke Rusia

Diterbitkan pada Mac 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peperangan diantara Rusia dan juga Ukraine dilihat menyebabkan banyak syarikat untuk menghentikan perniagaan di Rusia kerana sekatan ekonomi yang dijalankan oleh pelbagai negara keatasnya.

Terkini, ASUS telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa mereka tidak lagi akan menjual komponen, peranti dan aksesori mereka di negara tersebut, mengikuti sekatan ekonomi yang telah ditetapkan oleh kerajaan Taiwan baru-baru ini.

ASUS mengesahkan bahawa penghantaran inventori telah dihentikan, dan kerana isu perbankan, rantaian bekalan dan sebagainya, perniagaan Rusia mereka dilihat telah dibekukan buat masa ini. Dalam masa yang sama, ASUS juga dilihat akan cuba untuk mengeluarkan para pekerja mereka dari Ukraine buat masa ini untuk memastikan mereka selamat daripada peperangan yang sedang berlaku.

Penghentian bisnes di Rusia ini juga disertakan bersama kenyataan bahawa ASUS akan menderma $1 juta (~RM4 juta) kepada sebuah agensi bantuan di Taiwan yang akan dihantar ke Ukraine untuk memastikan bahawa rakyat negara tersebut dibantu sewaktu ketika yang sukar ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami