Carian
Foxconn Ingin Membina Kilang Cip Dan Komponen Kereta Elektrik Di Arab Saudi
March 15, 2022 Effi Saharudin

Foxconn dilaporkan dalam perbincangan untuk membina kilang cip, komponen kereta elektrik dan peralatan elektronik Arab Saudi. Kilang yang bakal menelan belanja sekitar $9 bilion dijangka akan dibina di bandar teknologi Neom, yang terletak di barat daya Saudi.

Foxconn dan beberapa syarikat dari Taiwan sedang rancak membina kilang di beberapa lokasi luar negara sebagai langkah persediaan sekiranya perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat menjadi serius. Arab Saudi pula mahu membina industri teknologi sebagai langkah persediaan untuk mengurangkan pergantungan kepada industri petroleum. Selain Aran Saudi, Foxconn juga dipercayai melakukan perbincangan dengan Emeriah Arab Bersatu untuk tujuan yang sama.

Komen