Cari @ Amanz

Semasa Pixel 6 dilancarkan, Google turut menyatakan yang kelak ciri kamera Pixel boleh digunakan pada aplikasi kamera pihak ketiga seperti Snapchat. Antara ciri ini adalah Night Sight. Namun ciri ini masih belum boleh digunakan sehinggalah baru-baru ini.

Google akhirnya menerbitkan aplikasi sistem Pixel Camera Services di Play Store. Dengan memasang aplikasi ini, pengguna Pixel 6 dan Pixel 6 Pro boleh menggunakan Night Sight pada aplikasi Snapchat. Aplikasi lain masih belum disahkan lagi yang mana boleh memanfaatkan ciri kamera Pixel ini.

Kedua-dua Pixel 6 juga memerlukan kemaskini tampalan sekuriti Mac 2022 untuk menggunakannya. Jika sudah, aplikasi Snapchat akan mempunyai ikon berbentuk bulan sabit untuk mengaktifkan ciri Night Sight. Ciri lain seperti HDR+ dan potret masih belum diketahui lagi akan disokong atau tidak. Kami yakin ia boleh, kerana aplikasi seperti Google Meet dan Duo juga ada mod potret berasaskan perisian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd