Cari @ Amanz

Siri Redmi K50 Bakal Dilengkapi Bateri 5000mAh Dan Pengecasan Pantas 120W

Link Copied!

Peranti dengan sokongan pengecasan pantas merupakan antara elemen popular yang menjadi pilihan para pengeluar ketika ini. Malahan, ia juga menjadi antara ciri penting yang membolehkan sesebuah peranti mempunyai nilai tambah yang tersendiri.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, peranti dengan pengecasan pantas berkuasa output sememangnya tidak asing bagi sebilangan produk keluaran Redmi. Kita telah melihatnya pada beberapa model sedia ada seperti siri Redmi Note 11, Redmi K50 Gaming Edition dan sebagainya. Nampaknya sistem teknologi berkenaan akan diteruskan lagi pada peranti baharu mereka iaitu siri Redmi K50.

Bersama-sama dengannya, bateri sebesar 5,000mAh turut sama dibekalkan pada peranti berkenaan. Di mana, ia boleh dicas penuh dalam hanya 19 minit menggunakan sistem pengecasan pantas berkenaan. Ini adalah lebih kurang kitaran masa 17 minit yang diambil untuk pengecasan penuh sebuah bateri 4700mAh pada model Redmi K50 Gaming Edition.

Setakat yang diketahui, barisan peranti di bawah siri Redmi K50 akan menggunakan cip keluaran MediaTek. Ia juga akan menggunakan panel hadapan daripada Samsung dengan resolusi maksima mencapai 2K. Redmi mendakwa kepadatan piksel pada skrin adalah mencapai 526ppi, selain turut menyokong beberapa ciri tambahan lain.

Terdapat sekurang-kurangnya tiga model yang akan diumumkan kelak – ini termasuklah Redmi K50, Redmi K50 Pro dan Redmi K50 Pro+. Untuk lebih lanjut, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi pada 17 Mac 2022.

Sumber : Weibo


Komen ()