Carian
Siri Xiaomi Smart Air Purifier 4 Turut Boleh Dibeli Di Malaysia – Harga Bermula RM599
March 15, 2022 Fahim Zahar

Xiaomi Smart Air Purifier baharu diperkenalkan untuk pasaran global pada Januari lalu bersama-sama dengan siri Redmi Note 11. Ia adalah produk ini adalah penapis udara popular daripada Xiaomi yang mereka dakwa sebelum ini telah berjaya menjual sebanyak 16 juta unit di seluruh dunia.

Xiaomi Smart Air Purifier 4 Pro, 4 dan 4 Lite adalah model terkini dan Xiaomi Malaysia akhirnya sedia menjual untuk mereka yang berminat.

Xiaomi menjanjikan kualiti udara yang lebih sihat, bersih serta mengurangkan alergen di dalam rumah sepanjang tahun. Setiap model berbeza ini digalakkan dibeli sebagai satu set untuk dipasang pada setiap ruangan atau bilik berlainan. Dengan itu, ia dapat memastikan keseluruhan rumah sentiasa dapat menghirup udara segar.

Menurut Xiaomi, penapis mereka ini boleh menapis 99.97% kotoran dalam udara dan boleh menapis habuk bersaiz sekecil 0.3 mikron. Untuk model Pro, ia mempunyai penapis PM2.5 bersama dengan sensor PM10 yang boleh mengesan pelbagai saiz habuk berbeza. Kemudian dengan adanya ionizer terbina, habuk-habuk terapung juga dapat ditapis.

Xiaomi dilihat lebih menekankan model Pro, kerana mempunyai kemampuan yang lebih hebat. Model Pro juga menyokong 500m3/h PCADR dan 185m3/h FCADR, yang boleh menapis udara di ruangan sebesar 40m2 dalam masa 15 minit sahaja. Skrin OLED yang lebih cerah turut ditawarkan untuk memudahkan pengguna melihat kualiti udara di dalam rumah masing-masing.

Memandangkan ini adalah variasi global, pengguna boleh tambatkan sahaja menggunakan aplikasi Mi Home dan boleh mengawal penapis udara ini menggunakan pembantu digital seperti Google Assistant atau Alexa.

Xiaomi Smart Air Purifier 4 dijual pada harga RM799 dan model Pro dijual pada harga RM1099. Bagi yang ingin jimat, model 4 Lite ditawarkan pada harga RM599 sahaja.

Komen