SC Memberi Amaran Kepada Orang Ramai Berkaitan Peningkatan Penipuan Di Telegram

Diterbitkan pada Mac 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kini telah mengeluarkan peringatan kepeada orang ramai, berkaitan dengan peningkatan mendadak penipuan pelaburan yang dipromosikan melalui aplikasi permesejan Telegram.

Sejak Januari 2022 ini sahaja, SC telah menerima sejumlah 47 aduan berkaitan skim pelaburan haram yang dipromosikan melalui Telegram. Terdapat beberapa pelaburan turut menjanjikan pulangan tidak realistik sehingga 1000% dalam tempoh 24 jam.

Terdapat juga yang menggunakan pelbagai nama serta turut menyamar dalam mempromosikan skim haram berkenaan.

SC mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam menilai peluang pelaburan – terutamanya yang menjanjikan pulangan tinggi yang tidak realistik, atau risiko yang rendah.

Bagi orang ramai yang mengesyaki atau mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan, boleh hubungi Jabatan Pengguna dan Pelabur SC di talian 03-6204 8999.

komen


© Amanz / 2022 Kami