Kini Anda Boleh Menambah Rekod Vaksinasi MySejahtera Ke Apple Health Melalui iOS 15.4

Diterbitkan pada Mac 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

iOS 15.4 membawakan beberapa ciri baharu, termasuk melalui Lowyat, ia kini dilihat rekod vaksinasi dari MySejahtera turut boleh ditambah untuk simpanan pada Apple Health.

Dengan langkah ini, anda boleh menambah dan menyimpan rekod vaksinasi anda untuk dicapai dengan mudah pada Apple Health.

Untuk menambah rekod berkenaan, anda perlu memastikan iPhone anda dikemaskini ke iOS 15.4. Seterusnya, anda boleh rakam skrin sijil digital MySejahtera anda, dan membuka galeri gambar Photo di iPhone.

Seterusnya, tap pada bahagian kod QR, dan pilih “Open In Health”. Ia seterusnya akan membuka salinan sijil vaksin berkenaan pada Apple Health, dan membolehkan anda menyimpannya pada aplikasi Apple Health. Sebuah amaran gagal menambah pada Wallet akan dipaparkan, tetapi anda boleh tap “Done” pada paparan berkenaan – mungkin kerana sokongan ini masih belum diperkenalkan secara rasminya untuk Malaysia.

Pada bahagian rekod di Apple Health, anda boleh menyemak tarikh vaksin, jenis vaksin dan beberapa rekod lain.

Dengan langkah ini, anda boleh menyimpan rekod vaksin anda di Apple Health. Namun, seperti biasa, MySejahtera merupakan aplikasi utama yang digunakan di Malaysia untuk tujuan paparan status vaksin.

komen


© Amanz / 2022 Kami