Acara hari ini turut memperlihatkan penawaran baharu untuk aksesori audio baharu menerusi Xiaomi Buds 3T Pro. Ia adalah set fon telinga nirwayar sejenis dalam telinga yang lengkap dengan pod pengecas berbentuk bujur. Sekilas pandang, rekaan menyerupai Xiaomi FlipBuds Pro dengan elemen produk Apple.
Bagi yang berminat, Xiaomi Buds 3T Pro dijual pada RM549 dengan dua pilihan warna seperti Gloss White dan Carbon Black. Ia boleh dibeli bermula esok iaitu 16 Mac 2022 menerusi sejumlah kedai rasmi Xiaomi terpilih di seluruh Malaysia dengan harga promosi RM499 sahaja.
Melengkapi fon telinga ini adalah pemandu audio 10mm dengan kawalan sentuhan yang membantu dalam memudahkan penggunaan. Bukan itu sahaja, turut boleh didapati adalah sokongan pembatalan hingar aktif hybrid dengan kebolehan menapis hingar mencapai 40db, di samping mod latensi rendah untuk penggunaan lebih baik.
Bukan itu sahaja, fon telinga nirwayar ini juga mempunyai sokongan kalis air IP55, dilengkapi bluetooth 5.2 dan mampu beroperasi sehingga 6 jam main balik atau meningkat 24 jam dengan bantuan pod pengecas. Lain-lain spesifikasi termasuklah sistem pengecasan nirwayar, kawalan sesentuh, LHDC 4.0 dan sebagainya.