Mark Zuckerberg Mengatakan Ciri Menghasilkan NFT Akan Hadir Ke Instagram Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mac 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bukan rahsia bahawa Meta ingin mengintegrasikan NFT dalam metamesta mereka. Ini sudahpun dipaparkan dalam video konsep Horizon Worlds tahun lalu. Di acara SXSW yang sedang berlangsung, Mark Zuckerberg mengesahkan Instagram turut akan menyokong NFT dalam masa terdekat.

NFT

NFT merupakan geran aset digital, dan pada hari ini agak popular digunakan dalam menerbitkan gambar dan karya seni digital.

Mark Zuckerberg tidak berkongsi lebih terperinci bagaimana NFT akan disokong tetapi mengatakan akan membenarkan pemilik memaparkan koleksi mereka pada platform tersebut. Zuckerberg juga berkata sokongan menghasilkan NFT terus dari dalam Instagram juga sedang dipertimbangkan sekaligus membolehkan ia menjadi platform seperti OpenSea dan Pentas.

Beliau menambah lagi di dalam metamesta, pengguna kelak boleh menghasilkan NFT untuk produk digital yang digunakan. Ini kemudiannya boleh dieksport keluar ke platform lain di masa hadapan. Sungguhpun begitu beliau berkata keperluan teknikal ciri ini perlu diperincikan terlebih dahulu.

komen


© Amanz / 2022 Kami