Sejak memulakan inisiatif Apple Silicon, cip keluaran kendiri Apple untuk komputer Mac mereka memecahkan prestasi tetapi dengan penggunaan tenaga yang lebih baik. Hanya beberapa minggu lalu cip M1 Ultra telah dilancarkan dengan CPU 20 teras dan GPU 64 teras pada konfigurasi tertinggi. Kini menurut Mark Gurman dari Bloomberg, cip Apple M2 yang sedang dibangunkan akan menawarkan prestasi yang lebih melampau.
Apple M2 paling asas akan dilengkapi CPU 10 teras dan GPU 10 teras. Tetapi ini kemudiannya meningkat ke CPU 12 teras dan GPU 16 teras pada M2 Pro. Jumlah teras CPU dan GPU akan terus dipertingkatkan pada model M2 Max dan M2 Ultra. Konfigurasi yang paling tinggi adalah untuk M2 Extreme yang dilengkapi CPU 48 teras dan GPU 128 teras.
Penggunaan lima cip M2 ini akan dibahagikan kepada pengguna biasa dan juga pengguna profesional. Produk yang akan menggunakannya pula adalah seperti di bawah.
Produk Biasa
- MacBook Air – M2
- MacBook Pro (13 inci) – M2
- Mac Mini – M2/M2 Pro
- iMac – M2
Produk Profesional
- MacBook Pro (14″, 16″) – M2 Pro/M2 Max
- iMac Pro – M2 Pro/M2 Max
- Mac Studio – M2 Max/M2 Ultra
- Mac Pro – M2 Ultra /M2 Extreme