Carian
Instagram Membuka Akaun TikTok – Berkongsi Tips Instagram Dan Reels
March 16, 2022 Aman

Instagram kini dilihat telah membuka akaun rasmi pada platform TikTok, dan menariknya mereka berkongsi sejumlah tips berkaitan platform Instagram.

Antara tips yang telah diterbitkan pada akaun rasmi Instagram berkenaan adalah termasuk bagaimana memastikan akaun Instagram selamat, menjana wang melalui Instagram, disamping tips berkaitan Instagram Reels.

Dengan langkah ini, Instagram dilihat turut memastikan pemasaran mereka mencapai platform TikTok yang semakin meningkat popularitinya.

Disamping pada TikTok, Facebook dan Instagram turut mempunyai akaun rasmi mereka di Twitter – yang digunakan untuk berkongsi beberapa perkara dan perkembangan syarikat serta produk mereka.

Bagi anda yang berminat, boleh mengikuti akaun Instagram di TikTok melalui @InstagramCreators.

Komen