Cari @ Amanz

Hampir semua konsol permainan video sudah mempunyai ciri sambil muat turun sambil main. Ini membolehkan pengguna bermain permainan video sambil ia dimuat turun, kerana biasanya saiz muat turun permainan video pada konsol permainan adalah besar.

Permua pada Android juga kini boleh mencecah belasan GB. Untuk itu Google sudah bereksperimen dengan ciri yang lebih kurang sama sudah lama ada pada konsol untuk pengguna Android. Terkini, ciri yang digelar sebagai Play as you download ini akan mula diperkenalkan kepada semua pengguna Android 12.

Di Play Store, selepas pengguna tekan muat turun dan pasang ia hanya akan memuat turun aset penting terlebih dahulu agar permua boleh diakses secara lebih awal. Sejurus selepas itu, baki fail akan dimuat turun di latar. Ciri ini hanya boleh digunakan pada Android 12 kerana sistem operasi ini menyokong Android’s Incremental File System iaitu satu sistem fail maya khas Linux yang membenarkan program dijalankan sementara binari dan fail lain dimuat turun.

Google tidak nyatakan bila peranti Android 12 akan mula dapat menggunakan ciri ini. Permua apa juga tidak dikongsi. Tetapi Google turut menjemput pembangun untuk mengimplementasikan ciri ini dalam permua masing-masing agar pengguna dapat menikmatinya.

  • Sumber
  • Sumber: XDA
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd