Ciri Mendengar Mesej Suara Di Latar Sambil Membaca Mesej Lain Kini Boleh Diuji Pada WhatsApp

Diterbitkan pada Mac 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dua bulan lalu, WABetaInfo mendedahkan yang WhatsApp sedang membangunkan ciri di mana mesej suara diterima boleh didengar di latar sambil membaca perbualan lain selain daripada penghantar mesej suara tadi. Ia berfungsi seakan muzik dan podsiar bermain di latar dan sambil melakukan tugasan lain, audio masih dimainkan tanpa gangguan.

Terkini WhatsApp dilihat sudah pun mula memberi pengguna untuk mencuba ciri ini dalam WhatsApp Beta. Walaupun begitu ia dilaporkan tidak semua pengguna beta dapat menggunakan ciri ini. Sumber melaporkan yang WhatsApp Beta versi 2.22.7.11 adalah di mana ciri ini ditemui, akan tetapi saya menggunakan versi 2.22.7.8 pada Galaxy Z Fold2 dan ia sudah pun boleh digunakan.

Sebaik sahaja terima satu mesej suara, tekan sahaja main dan anda boleh kembali ke skrin utama WhatsApp untuk baca perbualan lain, semak tetapan atau apa jua tugasan – audio mesej suara tadi akan kekal di mainkan. Terdapat ikon jeda/main untuk memberi pengguna kawalan serta ikon “X” untuk matikan terus pemain mesej suara yang muncul di bahagian atas aplikasi WhatsApp.

komen


© Amanz / 2022 Kami