Realme GT2 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 24 Mac 2022

Diterbitkan pada Mac 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Akhirnya penantian yang dinanti kini tiba. Realme GT2 Pro bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Ia dijadualkan berlangsung pada 24 Mac 2022 dan pelacarannya diadakan secara dalam talian menerusi laman Facebook rasmi Realme Malaysia bermula jam 2 petang.

Realme GT2 Pro merupakan sebuah peranti berspesifikasi mercu dengan janaan cip Snapdragon 8 Gen1. Ia turut menampilkan beberapa teknologi baharu yang mampu menjadikannya berada dalam kelas tersendiri. Antaranya seperti panel belakang dengan kemasan bio- polimer, sensor ultra-lebar bersama darjah pandang 150 darjah dan penambah-baikan dari segi rangkaian.

Seterusnya, peranti juga lengkap dengan skrin 6.7-inci AMOLED WQHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Bateri pula sebesar 5000mAh dengan pengecasan pantas 65W. Kamera utama pula terdiri dengan dengan tetapan 50-Megapixel (utama) (OIS)+ 50- Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (mikroskop) dan kamera swafoto 32- Megapixel.

Seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz bagi melihat lebih lanjut mengenai penawarannya kelak. Ini termasuklah mengenai varian memori dan harga jualan rasmi yang bakal ditawarkan.

Sumber : Realme Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami