Siri Redmi K50 Akan Dilengkapi Kamera Dengan OIS

Diterbitkan pada Mac 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Redmi kini dalam persediaan untuk pengenalan peranti baharunya di bawah siri K. Ianya adalah siri Redmi K50 dan acara pelancarannya dijadualkan berlangsung pada 17 Mac 2022. Terdapat sekurang-kurangnya tiga model berbeza yang bakal diumumkan yang mana terdiri dengan Redmi K50, Redmi K50 Pro dan Redmi K50 Pro+.

Kini, terdapatnya informasi baharu yang mendedahkan peranti berkenaan akan dilengkapi kamera dengan sistem penstabilan imej optikal (OIS). Ianya akan tersedia pada kamera utama peranti. Secara lazimnya, gambar mahupun video yang tajam dan mod malam lebih baik boleh diambil apabila kamera dilengkapi OIS. Maklumat penuh mengenai konfigurasi pada kamera masih tidak diketahui buat masa ini. Sungguhpun begitu, Redmi sedia mengesahkan ia bakal lengkap dengan sistem tri-kamera dengan sensor utama 108MP.

Setakat yang diketahui, Redmi K50 bakal dibekalkan bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. Selain daripada itu, ia juga akan menyokong paparan 2K keluaran Samsung, di samping turut sama lengkap dengan cip MediaTek. Untuk lebih lanjut, sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya kelak.

Sumber : Weibo

komen


© Amanz / 2022 Kami