Cari @ Amanz

Siri Realme GT sering mencuri perhatian menerusi kemasan menarik bersama kebolehan prestasi di tahap yang baik. Dalam perkembangan terkini, mereka dalam persediaan untuk pengenalan Realme GT Neo3, yang mana model kemaskini untuk Realme GT Neo2 yang diumumkan sekitar tahun lalu.

Menurut Realme, peranti berkenaan bakal diumumkan sekitar bulan ini, namun belum ada sebarang tarikh khusus yang dikongsi buat masa ini. Bagaimanapun, reka bentuk dan kemasan peranti kini telah mula diperlihatkan menerusi poster baharu di Weibo. Ia menunjukkan peranti bakal hadir dalam kemasan bewarna ungu bersama jalur putih yang turut menghiasi panel belakangnya. Turut kelihatan, terdapatnya penjenamaan Realme bersama slogan Dare To Leap bersama-sama dengannya.

Sistem tri-kamera turut sama digunakan dan diletakkan dalam sebuah modul kamera berbentuk segi empat. Ia disusun dalam bentuk tiga segi dan salah satu sensor adalah bersaiz besar sekaligus menjadi titik utama. Turut kelihatan, kewujudan LED Flash berbentuk memanjang yang diletakkan di antara ketiga-tiga sensor tersebut.

Sisi kanan memperlihatkan butang laras audio, sementara itu sisi bawah pula adanya port sambungan USB-C dan pembesar suara. Buat masa ini, rekaan panel hadapan masih menjadi tanda tanya, namun ia dijangka lengkap dengan paparan sejenis berlubang. Seperti biasa, sama-sama nantikan perkembangan selanjutnya berkaitan perkara ini.

Sumber : Weibo

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd