AMD Melancarkan CPU Ryzen 7 5800X3D – Dikatakan CPU Gaming Terpantas Di Dunia

Diterbitkan pada Mac 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

AMD hari ini telah melancarkan sebuah CPU baru yang dibangunkan khusus untuk gaming yang dinamakan AMD Ryzen 7 5800X3D. Sama seperti AMD Ryzen 7 5800X, CPU ini dilihat hadir dengan 8 teras fizikal dan 16 bebenang kuasa, tetapi hadir dengan beberapa ciri tambahan yang membolehkannya hadir dengan prestasi gaming yang lebih hebat.

Dengan cip pemprosesan ini, AMD memperkenalkan cache memori yang dinamakan 3D Vertical Cache. Secara ringkasnya, memori SRAM sebanyak 64MB dimuatkan diatas cache L3 yang hadir dengan memori sebanyak 32MB, memberikan CPU ini cache memori sebanyak 96MB.

Memori cache yang besar ini membolehkan CPU AMD Ryzen 7 5800X3D ini hadir dengan peningkatan prestasi sebanyak 15 peratus berbanding dengan cip pemprosesan AMD Ryzen 7 5800X sebelum ini, walaupun ia mempunyai kadar kelajuan yang lebih rendah, pada 3.4GHz kelajuan asas dan 4.5GHz kelajuan Turbo Boost.

,A

CPU ini juga dilihat menyokong semua papan induk AMD siri 300, 400 dan 500 sedia ada, dan untuk model 300, anda hanya perlu memastikan bahawa ia sudah dikemaskini kepada versi perisian yang terbaru.

AMD mengatakan bahawa CPU ini akan tiba ke pasaran global pada 20 April ini, dan akan dijual pada harga $449.a

komen


© Amanz / 2022 Kami