Carian
Samsung Menyasarkan Peranti Mereka Disokong Rangkaian 5G Malaysia Pada Separuh Tahun Kedua 2022
March 16, 2022 Effi Saharudin

Pada waktu ini tiada peranti keluaran Samsung disokong oleh rangkaian 5G secara rasmi. Sokongan untuk siri Galaxy S21 telah ditarik secara mengejut lebih sebulan yang lalu oleh DNB. Bagi pengguna peranti Samsung di Malaysia, wakil syarikat mengesahkan kepada kami mereka menyasarkan sokongan akan diberikan pada separuh tahun kedua 2022.

Samsung Malaysia masih lagi dalam proses ujian bagi memastikan peranti-peranti mereka melepasi piawaian rangkaian 5G tempatan. Sokongan akan diterima oleh peranti kelas mercu terlebih dahulu sebelum kemudiannya pada peranti kelas pertengahan seperti Galaxy A. Senarai lengkap peranti akan akan disokong akan diumumkan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Komen