Intel Akan Melancarkan Kad Grafik Arc Alchemist Untuk Komputer Riba Gaming Pada 30 Mac Ini

Diterbitkan pada Mac 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada 30 Mac ini, Intel akan memperlihatkan kad grafik Arc Alchemist mereka untuk komputer riba gaming, disebalik banyak ura-ura bahawa mereka akan memperkenalkan kad grafik tersebut untuk komputer desktop dalam masa terdekat ini.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Lisa Pearce, Timbalan Presiden dan Pengurus Besar Visual Compute Group, Intel yang turut mengatakan bahawa salah satu kad grafik yang akan diperlihatkan, iaitu Intel Arc A370 Mobile akan memperlihatkan prestasi dua kali ganda lebih tinggi berbanding dengan cip pemprosesan grafik terbina dalam CPU Intel Core i7-12700H.

Beliau juga mengatakan bahawa kad grafik tersebut mampu menggerakkan Metro Exodus pada resolusi Full HD dan tetapan pertengahan tanpa masalah. Setakat ini ia tidak diketahui lagi berapa model kad grafik yang akan dilancarkan, tetapi nampaknya kita akan dapat melihat komputer riba yang dikuasakan sepenuhnya oleh komponen Intel tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami