Arm Dilihat Akan Memecat Sehingga 15 Peratus Tenaga Kerja Mereka

Diterbitkan pada Mac 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas kegagalan untuk menjual pegangan mereka keatas Arm kepada NVIDIA, terdapat laporan yang mengatakan bahawa Softbank, syarikat yang memiliki majoriti pegangan syarikat pembangun teknologi cip pemprosesan akan memecat sebanyak 15 peratus tenaga kerja Arm.

Arm kini dilihat mempunyai sekitar 6500 orang pekerja di sekitar UK dan juga Amerika Syarikat, dan pembuangan 15 peratus ini bermakna bahawa sekitar 1000 pekerja akan kehilangan kerja dalam masa terdekat ini.

Setakat ini, ia masih tidak diketahui lagi bahagian-bahagian Arm yang manakah akan paling terkesan akibat keputusan ini, dan samada ia akan memberi isu kepada prestasi syarikat tersebut untuk membangunkan cip Arm di masa akan datang.

BBC

komen


© Amanz / 2022 Kami