Carian
Google Akan Tamatkan Universal Analytics Pada Julai 2023 – Semua Perlu Beralih Ke Google Analytics 4
March 16, 2022 Aman

Google hari ini mengumumkan mereka akan menamatkan penawaran Universal Analytics pada Julai 2023 kelak, sekaligus ia akan berhenti memproses data baharu selepas tarikh berkenaan. Sementara untuk ciri Universal Analytics 360 pula, ia akan ditamatkan pada Oktober 2023 kelak.

Peralihan ini adalah dalam usaha memfokuskan kepada Google Analytics 4 yang hadir dengan sejumlah ciri baharu.

Google mengatakan ciri Universal Analytics dibangunkan pada era web desktop, sebaliknya Google Analytics 4 yang baharu hadir dengan sokongan rentas platform, dan tidak bergantung kepada kuki untuk penilaian. Pada masa yang sama, GA4 ini lebih menawarkan privasi berbanding sebelum ini.

Bagi para pemasar digital yang menggunakan Google Analytics, mungkin sudah boleh memulakan proses naik-taraf ke GA4 hari ini, dan meneruskan pemantauan dan penilaian data, serta sebagainya.

Komen