Google I/O Akan Berlangsung Pada 11 Mei 2022

Diterbitkan pada Mac 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google kini telah mengumumkan persidangan memfokuskan pembangun mereka, iaitu Google I/O akan berlangsung pada 11 dan 12 Mei 2022 pada tahun ini.

Acara tahunan ini akan diadakan secara atas-talian, selain penyertaan secara fizikal yang dihadkan.

Melalui acara berkenaan, kita dijangka akan dapat mengetahui pelbagai ciri baharu yang akan hadir pada sejumlah platform Google, termasuk pada Android dan juga ChromeOS.

Sebelum ini, pada 2021 lepas, ia telah diadakan secara atas-talian, sementara Google telah membatalkan Google I/O pada 2020 lepas.

komen


© Amanz / 2022 Kami